Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Aku Tak Malu Badan Aku Bau Ketiak .." - Reza Hasbi Ambil Upah Pasang Siling Rumah

Zulaikha Yusof 02/06/2019 | 01:09 MYT
Pelakon Reza Hasbi menyatakan dia tidak malu dengan kehidupannya kerana sedar di mana dirinya suatu ketika dahulu.
Menurut Reza dia mengambil upah membuat siling di rumah orang selepas tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
"Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. Walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya..
"Aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.. Ni mase aku takde job sebelom pose hari tu, aku ambik upah buat siling rumah org..
"Nampak tak atas kepala aku tu.. Itu la hasil tangan aku.. Aku tak malu berpakain seperti itu.. Aku tak malu badan aku bau ketiak.. Aku cari rezeki utk anak isteri aku..
Tambah Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah menyatakan dia sudah memaafkan individu yang telah melempar kata kesat terhadapnya.
"Jangan disebabkan perkataan aku rase macam nak mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati..
"Aku maafkan dengan senang hati sbb ramai sangat yang membantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua," tulisnya lagi.
Terdahulu, Reza mengakui tidak mampu untuk membeli kelengkapan perayaan buat anak-anak dan isterinya, Rosedarlila selepas tidak menerima tawaran lakonan sejak dua bulan lalu.
BACA: Tidak Menerima Tawaran & Bayaran Lakonan, Reza Hasbi Akui Tidak Mampu Beli Kelengkapan Perayaan Buat Keluarga

Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya.. aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.. ni mase aku takde jop sebelom pose hari tu.. aku ambik upah buat siling rumah org.. nampak tak atas kepala aku tu.. itu la hasil tangan aku.. aku tak malu berpakain seperti itu.. aku tak malu badan aku bau ketiak.. aku cari rezeki utk anak isteri aku.. jgn disbbkan perkataan aku rase mcm nk mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati.. aku maafkan dgn senang hati sbb ramai sangat yg nembantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua???

A post shared by Reza Hasbi Official (RH) (@reza.hasbi) on

#pelakon #Pelakon #Reza Hasbi
;