Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat akui berasa takut untuk menyiapkan busana penyanyi Naim Daniel untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Jelas Hatta, dia belum pernah melakukan lukisan tangan di atas busana sepanjang kariernya.

"Alhamdulillah rezeki Naim menang Jura Lagu 34 and yes macam saya selalu cakap, bila saya buat baju artist tu, saya akan layan lagu dia.

"First time Naim datang butik dengan Alia, masa tu Hatta tak terjangka langsung idea untuk baju nak konsep dan overall look yang Naim dan team management bayangkan.

"I was like haaaa? Mati aku. Aku tak pernah buat lukisan tangan atas baju cakap dalam hati but bila Naim terangkan konsep saya suka sebab illustration, something yang menghargai seni, lagi lagi nak merialisasikan music video animasi ke realiti," tulisnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.



Dalam pada itu, Hatta menyifatkan tugasan yang diberikan oleh Naim kepadanya adalah satu perkara baharu yang dipelajarinya.

"Ini benda baru pada Hatta, pemilihan material untuk warna grey Naim ni Hatta sediakan 3 different material, yang shine, yang pastel sikit n bila kita experiment on fabric and share balik pada Naim, Naim prefer yang dark mate grey.

"Which I think rasa lagi naik all the outline bila di warnakan. Cuba juga atas kain shine, effect nya tidak baik.

"This is the some bts yang sempat Hatta record. Will post more! For sure dari illustrations sampai jadi baju, sampai fitting the whole process.

"Congratulations @naimdanielx thank beri cabaran minda buat abang untuk berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus," tulisnya lagi.

Alhamdulillah rezeki Naim menang Jura Lagu 34 and Yes., macam i selalu cakap, bila i buat baju artist tu, i akan layan lagu dia. First time Naim datang butik dengan Alia, masa tu Hatta tak terjangka langsung idea untuk Baju nak konsep dan overall look yang Naim dan team management bayangkan. I was like ( “ haaaa? Mati aku. Aku tak pernah buat hand painting on outfit cakap dalam hati ?) but bila Naim terangkan concept i suka sbb illustration, something yang menghargai seni, lagi lagi nak merialisasikan music video animasi ke realiti. Ini benda baru pada Hatta, pemilihan material untuk warna grey Naim ni Hatta stanby 3 different material, yang shine, yang pastel sikit n bila kita experiment on fabric and share balik pada Naim, Naim prefer yang dark mate grey. Which i think rasa lagi naik all the outline bila di warnakan. Cuba juga atas kain shine, effect nya tidak baik. this is the some bts yang sempat hatta record. Will post more! For sure dari illustrations sampai jadi baju, sampai fitting the whole process. ❤️ congratulations @naimdanielx thank beri cabaran minda buat abang untuk berkarya dan mahirkan tangan abang yang memAng dah lama tak penggang brush ❤️ #ajl34 . . Siapa nak hatta share more bts proses baju sumpah komen kat bawah @naimians #sumpahnaim #naimians

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on


Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel bersama Omar K dan dinyanyikan oleh Naim sendiri diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara 34 (AJL 34).

BACA: Sumpah, Naim Daniel Juara AJL 34