Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod kelima iaitu orang minyak pada malam ini.

Episod orang minyak kali ini menampilkan Shuk Sahar yang memegang watak sebagai Komeng selaku pelakon jemputan.

Menerusi episod kali ini, anak-anak gadis Kampong Pisang ketakutan apabila diganggu oleh kelibat orang minyak.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Namun, kemunculan Komeng, seorang penduduk lama Kampong Pisang yang datang semula ke kampung itu menjadi punca kepada perbuatan jahat ini.

Meninjau ke ruangan Twitter, ramai wargamaya yang berkongsi trailer episod kelima dan tidak sabar untuk menonton siri ini pada malam ini.

“Hari Isnin hari #kampongpisangbersirisiri hari ni episod orang minyak pulak. Macam-macam hal la jadi kat Kampong Pisang,” kata seorang wargamaya.

“Kalau korang nak tau, yang jerit “aku tak rela” ni adalah budak perempuan yang order mee kari kuah laksa tu,” komen seorang wargamaya.

“uishhh mandi minyak ka madu ka apa ni?!
menuntut apa pulak dah #KampongPisangBersiriSiri,” ujar seorang wargamaya.

“Lain macam sapu minyak pon, ha sudahh Kampong Pisang dah nak kena serang dengan orang minyak pulak ke ni? Mana Pak Karim, bila nak parangkan hantu ni, misai abis lentik dah tu!
#KampongPisangBersiriSiri,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).