Pelakon Afdlin Shauki memohon maaf kepada orang ramai yang terasa dengan status dimuat naik olehnya di media sosial semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin menjelaskan sebagai seorang selebriti dia tidak memerlukan publisiti murahan untuk menaikkan namanya.

"Assalammualaikum. Sekali lagi saya nak minta maaf kerana admin saya yang sangat nakal.

"Saya tak kisah pun apa yang berlaku tapi mungkin overexcited kut admin nak buat content yang disruptive.

"So sekali lagi I apologize. I don’t care kalau nobody likes me because people who knows who I am, know I am not a dick. Aku tak suka publisiti murah, aku lagi rela main dengan kucing dari sibuk sibuk dunia glamour ni.

"I am about my work. I do good work and am proud of it. InshaaAllah god knows my heart.

"Admin please check with me before updating anything controversial. Haters korang boleh simpan korang punya hate because I only care about my true fans and friends. I only have love for all of you," tulisnya.

Assalammualaikum. Sekali lagi saya nak minta maaf kerana admin saya yg sangat nakal. Saya tak kisah pun apa yg berlaku tapi mungkin overexcited kut admin nak buat content yg disruptive... so sekali lagi i apologize. I don’t care kalau nobody likes me because people who knows who i am, know i am not a dick. Aku tak suka publisiti murah... aku lagi rela main dgn kucing dari sibuk sibuk dunia glamour ni... i am about my work... i do good work and am proud of it. InshaaAllah god knows my heart... admin please check with me before updating anything controversial. Haters korang boleh simpan korang punya hate because i only care about my true fans and friends. I only have love for all of you. . Kalau ada yg berminat dgn t-shirt denyut brotherhood saya sila Chekidout DENYUT DESIGN by Afdlin Shauki.. ramai yg bertanya mana nak dapatkan tshirt yg berDenyut ni.. sila isikan online form utk Pre-Order . hanya klik link ni www.denyut.bobstore.my www.denyut.bobstore.my www.denyut.bobstore.my . Harga sehelai RM35 kecuali 5xl berharga RM45 (RM 5 akan disalurkan ke Yayasan Afdlin Shauki) saiz xs - 5xl. . harga tidak termasuk pos! . . **BerDenyut Sambil BerAmal

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Afdlin lebih berhati-hati dalam memuat naik status di media sosial.

Sebelum ini, sebuah entri di IG Afdlin menerima kritikan ramai apabila dia berkongsi gambar bersama kapsyen yang sensitif.

"Ye dik, abang pernah SeDenyut kacak ni dahulu. Kalau uolls tau, masa ni majlis anugerah apa? (Walaupun saya dah berbini masa ini tapi saya tak bawa dia naik stage skali. Yela bz kat umah jaga anak)”tulisnya.