Berita

"Aku Usahawan, Janda Pulak Tu, Kena Cari ....." - Erma Fatima

gempak
Rozaimi Zubaidi
07/05/2019
03:48 MYT
Sponsor Banner
"Aku Usahawan, Janda Pulak Tu, Kena Cari ....." - Erma Fatima
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima mengakui harus berkerja keras untuk mencari rezeki dalam membesarkan anak-anaknya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Erma menjelaskan status sebagai seorang ibu tunggal tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup.
"Harini cobaan yang bagus dari @umieaida9 tapi sorryy. Aku tak percaya, aku banyak kerja bukan nak lalalala jer.
"Aku usahawan, janda pulak tu, kena cari rezeki untuk anak-anak bukan la la la la. Bye Umie Aida," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Erma dan mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anaknya.
Sebelum ini, Erma da suaminya, sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade telah mengambil keputusan untuk bercerai selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024