“Aku Yang Merinding! Tak Sabar Nak Tonton” - Projek: Anchor SPM Buat Ramai Artis Excited!
Drama bersiri premium terbaru Astro Originals iaitu Projek: Anchor SPM bukan saja telah menjadi sebutan ramai, malah ia turut menarik minat selebriti tempatan lain untuk menontonnya.
Sejak semalam, beberapa artis dan selebriti hiburan meluahkan rasa teruja mereka mengenai kemunculan Projek: Anchor SPM yang bakal bermula 15 Mac ini.
Antara yang berkongsi keterujaan itu di media sosial mereka termasuklah pengacara dan pelakon Sherry Alhadad, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sharifah Amani, Syafie Naswip dan ramai lagi.
Malah, penyanyi seperti Kaka Azraff, Sarah Suhairi dan Raja Syahiran juga antara yang berkongsi minat sama.
Rata-rata mereka juga memuji sedutan trailer Projek: Anchor SPM yang mula ditayangkan sejak semalam.
“Aku yang merinding ni, tak sabar nak tonton,” kata Syafie Naswip.
“OMG! Tak sabar, looking foward untuk projek ni, love!,” kata Mimi Lana.
“Tak sabar nak tunggu,” kata Sherry Alhadad pula.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 15 Mac ini.