Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Akui Diri ‘Red Flag’, Syedot Asmr Sudah Kalis Kecaman - “Bila Ada Sesuatu Benda Berlaku, Saya Memang Tak…”

Asyikin Mayudin
13/08/2024 02:55 MYT
YouTuber mukbang, Syedot Asmr mengakui dirinya seorang lelaki ‘red flag’ berikutan kontroversi melibatkan pempengaruh media sosial iaitu Liana Beep Beep baru-baru ini.

Tak Kisah Gelaran

Bagaimanapun, Syedot memberitahu dia tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen itu memandangkan isu tersebut timbul disebabkab kesilapannya sendiri.

“Kalau dari awalnya, saya tak sedar diri sebenarnya ‘red flag’. Tapi bila lama-lama, saya sedar memang diri ‘red flag’. Sebab kita yang mulakan isu itu… jadi saya mengaku saja la.

“Saya okay saja bila netizen gelar saya begitu. Sebab dah memang salah kita kan. Saya pun jenis orang yang cakap ‘direct’ atau cakap terus-terang,” kata Syedot kepada Gempak.

Terlalu Asyik

Menurut Syedot, isu melibatkan Liana itu timbul disebabkan dia terlalu asyik berkongsi mengenai kisah silamnya menerusi podcast yang dikendali rakan sendiri.

“Bila kita dalam podcast dan orang yang kita panggil itu pula kawan-kawan. Kadang-kadang kita tercerita secara lebih mendalam. Jadi benda itu berkongsi secara tak sengaja.

“Sebab itu saya cakap, nak cerita boleh tapi cuba elakkan orang kedua atau ketiga. Kesilapan saya terbawa orang kedua, ketiga, keempat… nak cerita boleh tapi cerita saja fasal diri sendiri,” ujarnya.

Syukur Kehidupan Tak Terganggu

Dalam pada itu, Syedot melahirkan rasa syukur apabila kehidupan dan kerjanya tidak terganggu disebabkan kontroversi tersebut.

“Kalau setakat ini, Alhamdulillah… masih lagi sama. Kempen pun masih banyak lagi datang. Dari segi kehidupan, saya bukan nak kata apa, saya memang dari dunia produksi dari 2011.

“Dah lebih sedekad dah dalam dunia ini… kalau bila ada sesuatu berlaku, saya memang tak baca komen. Sebab saya tahu akan beri kesan kepada kehidupan harian. Apa yang saya buat memang takkan baca komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Sudah Berakhir, Ada Sebab Liana Beep Beep Jadi ‘Over’ & Syedot Asmr Pula Dah Serik ‘Join’ Podcast

ARTIKEL BERKAITAN: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep Beep Mahu Bongkar Kebenaran - “Tak Kisah Kesian Atau Tidak, Aib Atau Tidak, Saya Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Berharap Isu Dengan Liana Beep Beep Berakhir, Syedot Asmr Mengaku Salah - “Cuma Kesilapan Aku La Pergi Beritahu Hint Yang…”

“Kalau dalam live saja saya akan baca komen sebab situ netizen suka melawak. Netizen memang A plus,” ujarnya.

Saksikan temu bual eksklusif Syedot bersama Liana Beep Beep menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Isha Norsham pada Isnin di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.

#Liana Beep Beep #Syedot Asmr #Red flag #Syedot red flag