Viral

Kemelut Sudah Berakhir, Ada Sebab Liana Beep Beep Jadi ‘Over’ & Syedot Asmr Pula Dah Serik ‘Join’ Podcast

gempak
Asyikin Mayudin
08/08/2024
00:54 MYT
Sponsor Banner
Kemelut Sudah Berakhir, Ada Sebab Liana Beep Beep Jadi ‘Over’ & Syedot Asmr Pula Dah Serik ‘Join’ Podcast
Kemelut antara pempengaruh media sosial Liana Beep Beep dengan YouTuber mukbang, Syedot Asmr berakhir apabila mereka bertemu di sebuah restauran dan membuat siaran langsung di TikTok bersama pada Rabu.

Ada Sebab 'Over'

Menerusi siaran langsung tersebut, Liana turut membalas salah satu komen netizen yang mengatakan dia kelihatan ‘over’ berdepan dengan isu tersebut.

“Korang rasa Liana over… nanti Liana post what kind of DMs yang Liana dapat sejak akhir-akhir ini disebabkan lelaki ini. Korang rasa I over kan, sebenarnya kalau tak tahu apa jadi dekat I, I pun akan fikir I over.

“Serius, jujur cakap tapi kalau anda lihat komen yang saya terima, DM yang saya dapat, memang sangat kurang ajar, anda akan faham kenapa I masih marah. Tapi sudah tentu, anda tak tahu bahagian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep Beep Mahu Bongkar Kebenaran - “Tak Kisah Kesian Atau Tidak, Aib Atau Tidak, Saya Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Berharap Isu Dengan Liana Beep Beep Berakhir, Syedot Asmr Mengaku Salah - “Cuma Kesilapan Aku La Pergi Beritahu Hint Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Tak Henti Ajak Couple, Liana Beep Beep Tampil Dedah Bukti: “Sesiapa Tolong Kahwin Dengan Dia…”
“Tapi tak apa, I bukan nak panaskan lagi, tapi kami buat live ini untuk sama-sama berdamai, selesaikan isu ini dan sebab itu kami di sini,” katanya.
Berterima kasih kepada suami Liana yang menjadi orang tengah, Syedot berharap isu antara mereka tidak lagi berpanjangan apatah lagi netizen gemar menjadi ‘batu api’.

Terima Kasih Suami Liana

“Kami memang tak nak isu ini berpanjangan. Satu letih, dengan netizen… netizen lagi batu api dan membuat kami lagi bergaduh… jadi kalau boleh kami nak tamatkan hari ini.

“Memang saya sumpah, memang terima kasih kepada suami dia kerana dapat temukan kami berdua di sini dan mohon maaf dekat sini,” ujar Syedot.

Dalam pada itu, Syedot mengakui dia sudah serik untuk menjadi tetamu dalam mana-mana podcast yang dihoskan oleh rakan-rakan sendiri.

Serik Join Podcast

“Podcast ini bahaya sebenarnya, terutama yang kawan-kawan. Kalau tanya aku, elakkan kalau masuk podcast. Kadang-kadang kita tak sedar sebab kawan-kawan.

“Kita akan terlintas secara ‘oh aku nak cerita fasal ini la’, dia jadi macam itu. Kalau lepas ini, aku takkan masuk dalam mana-mana podcast. Kalau masuk podcast jangan sekali cerita fasal peribadi.

“Elakkan isu peribadi, kalau nak isu marketing ke tak kisah. Jangan buat cerita walaupun kawan-kawan tanya. Itu pengajaran yang saya dapat. Yang penting ‘silent is gold’. Itu yang saya boleh katakan,” katanya.
Terdahulu, Syedot menerusi siaran langsung di TikTok mengakui kesilapannya mengungkit kisah lama yang mengaitkan nama Liana Beep Beep.
Meminta pihak Cikidot Channel untuk privasikan podcast mereka, Syedot berkata dia sendiri yang membenarkan Liana membuat video penjelasan bagi membersihkan nama.
@belldean__ Syedot berjumpa face to face dengan liana dan husband untuk minta maaf #fyp #liana #beepbeep #syedot #kakispin #redflag #cikidot ♬ original sound - belldean
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live