Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengesahkan yang dia kini sedang dalam fasa berkenalan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie.

Shuib, 38, berkata, Watie merupakan wanita yang sama keluar makan malam dengannya tempoh hari di sebuah restoran mewah di ibu kota.

“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.

“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.

“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak, Shuib berkata, dia meminta untuk mendoakan yang baik-baik, seandainya Watie merupakan jodohnya pada mas akan datang.

“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik.

“Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” tutup Shuib.

Terdahulu, netizen mendakwa Shuib keluar makan malam bersama seorang individu yang bernama Watie selepas bayang-bayang wanita itu kelihatan di cermin restoran berkenaan.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.

Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.

Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.

Tiga lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.

BACA: Dulu Nafi, Sekarang Dinner Bersama… Netizen Kesal Shuib ‘Sorok’ Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie?​

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!