Aksi comel Siti Aafiyah, anak kepada penghibur nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menyambut hari ulang tahun kelahirannya menarik perhatian warganet.

Menerusi siaran langsung majlis sambutan hari lahir ketiga Aafiyah yang bermula kira-kira jam 1 petang tadi, rata-rata penonton terhibur melihat ragam si comel tersebut.

Selain majlis sambutan hari lahir turut dimeriahkan, majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu Beausiti X Wonderlab, iaitu Minuman Jeli Berkhasiat ‘Aafiyah’.

“Alaahai, comelnya Aafiyah, agaknya DS Siti masa kecil dulu macam ni ke?”

“Alamak…kenapa tu Aafiyah, tak ada mood ke tengok kek cantik-cantik tu? Penat nak duduk ke?”

“Hmmm..sebak pula tengok DS Siti yang dah sarat dan nampak penat. Tapi steady masih gigh bekerja,” antara komen yang ditinggalkan wargamaya di saluran Youtube Siti Nurhaliza.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sementara itu Siti ketika majlis sidang media berkata, Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab, telah diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan.

“Ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik.

“Selain itu, minuman berkhasiat ini juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat.

“Ia bukan sahaja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.

“Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka!”, katanya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tambah Siti sebagai seorang ibu, sudah tentu beliau mahukan yang terbaik buat Aafiyah supaya membesar dengan sihat, cerdik dan aktif.

“Daripada situ datangnya idea untuk menghasilkan produk terbaharu ini agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama semua ibu–ibu di luar sana,” katanya.

Pelancaran BeauKids dari BeauSiti X WonderLab merupakan lanjutan kolaborasi kedua-dua jenama yang sebelum ini telah melancarkan Produk Minuman Kesihatan Botani untuk wanita iaitu – Beautéssence™ dan Minuman Kesihatan Sarang Burung – BeauNest, pada Disember lepas.

Menerusi BeauKids, kedua-dua jenama, BeauSiti dan WonderLab, akan mengorak langkah dalam membekalkan rangkaian minuman kesihatan yang lebih holistik apabila adanya produk-produk untuk orang dewasa dan kini, untuk kanak-kanak.

Produk terbaharu Beaukids dari BeauSiti X WonderLab ini akan dilancarkan secara rasmi kepada pasaran pada bulan Mei.

Dipasarkan pada harga yang berpatutan, setiap kotak Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab boleh didapati dengan harga RM59.00 sekotak yang mengandungi 10 pek minuman berkhasiat setiap kotak.

Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian BeauKids dari BeauSiti X WonderLab juga akan didatangi dengan Berus Gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma!