Alahai... Comelnya 'Newborn Photoshoot' Anak Juliana Evans!

Rozaimi Zubaidi
September 4, 2019 08:45 MYT
Sudah menjadi trend di zaman sekarang apabila ramai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata akan merakam gambar bayi mereka dalam satu sesi fotografi untuk dijadikan kenangan.
Para selebriti juga tidak melapaskan peluang untuk merakam dan berkongsi gambar 'newborn' bayi mereka untuk tatapan peminat di media sosial.
Baru-baru ini, pelakon Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj tidak ketinggalan untuk mengabadikan gambar kenangan anak sulung mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah untuk sesi 'newborn photoshoot'.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh jurugambar bebas Tiny Winy Photography menerusi akaun Instagram mereka.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada 13 Julai 2019.
Jom layan gambar-gambar 'Newborn Photoshoot' Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah:
#pelakon #Juliana Evans #Pelakon