Alahai! Comelnya 'Newborn Photoshoot' Anak Norman Hakim & Memey Suhaiza

Rozaimi Zubaidi
Ogos 3, 2018 06:25 MYT
Sudah menjadi trend di zaman sekarang apabila ramai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata akan merakam gambar 'Newborn' bayi mereka untuk dijadikan kenangan.
Para selebriti juga tidak melapaskan peluang untuk merakam dan berkongsi gambar newborn bayi mereka untuk tatapan peminat di media sosial.
Baru-baru ini, pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak ketinggalan untuk mengabadikan gambar kenangan anak bongsunya, Mikayla Delisha Hakim untuk sesi 'newborn photoshoot'.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh jurugambar bebas Tiny Winy Photography menerusi akaun Instagram mereka.
Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mempunyai dua orang anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Memey Suhaiza telah selamat melahirkan Mikayla Delisha Hakim pada 12 Julai lalu.
Jom layan gambar-gambar 'Newborn Photoshoot' Mikayla Delisha Hakim:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Tiny Winy Photography
#pelakon #Pelakon #Memey Suhaiza #Norman Hakim