Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kali keempat, pelakon Shukri Yahaya telah menerima satu kejutan daripada isterinya, Tya Adnan.

Menerusi Instagram TV milik Tya, dia telah menghadiahkan sebuah kotak yang mengandungi alat ujian kehamilan di dalamnya.

Pelantun utama drama Andainya Takdir itu kelihatan terkejut kerana pada mulanya dia berharap hadiah tersebut adalah permainan video.

"Alamak! Apa 23 ni? Eh 'pregnant' la..Alhamdulillah," sambil senyum.

MashaAllah Tabarakallah.. ??

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on


Berita kehamilan itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka, Aaira Ameena yang sama-sama gembira dengan kedatangan ahli baru.

Sebelum itu, Shukri seakan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua menerusi ucapan yang ditujukan kepada isterinya di IG.

BACA: “Ameena Dah Letih Hisap Ibu Jari Kaki Dia Tu” - Rare Ucapan Anniversary Shukri Yahaya Ni Tapi Comel! Siap Ada Hint Nak Baby?

Terdahulu, Tya mendedahkan pernah mengalami keguguran akibat jatuh di dalam bilik air.

BACA: "I'm Fine. Taknak Orang Risau. I'm All Good Now .." - Isteri Shukri Yahaya Alami Keguguran

Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.