Hampir dua minggu ditayangkan, Butak terus menerima pelbagai pujian dan respon positif terutamanya daripada penonton dan pencinta filem tanah air.

Rata-ratanya melahirkan rasa kagum apabila filem tersebut dihasilkan penuh terperinci termasuklah aspek jalan cerita, props dan penggunaan pelakon.

Namun, tahukah anda banyak lagi perkara menarik tentang filem Butak?

Gempak senaraikan antara triva dan fun facts menarik anda patut tahu tentang Butak.

#1 Inspirasi Novel

Jangan tak tahu, Butak ini merupakan inspirassi daripada sebuah novel bertajuk Buntat yang mengembara ke Mekah. Novel ini merupakan karya Allahyarham cikgu Yahaya Haji awang.

#2 Butak Ke Buntat?

Ramai yang tertanya mengapa filem ini berjudul Butak sedangkan ada yang memangggil watak utama ini Buntat.

Sebenarnya Butak adalah loghat dari sebutan nama Buntat.

#3 Nama Sebenar Butak?

Buat mereka yang tidak tahu, nama sebenar Butak dalam filem ini adalah Kamarulzaman.

#4 Kelebihan Butak

Mungkin ada yang sedar, mungkin juga tidak perasaan, namun Butak sebenarnya sangat hebat dalam membuat baling batu.

Disebabkan kelebihan itu juga sebenarnya membuat Butak terjerumus dalam masalah besar.

Anda kenalah saksikan Butak jika nak tahu!

#5 Latar Belakang Tahun 60-an!

Jika melihat color grading atau tone filem ini, ia seakan-akan membawa anda ke zaman dulu-dulu.

Filem ini berlatarkan tahun sekitar 60-an iaitu sekitar 1968.

#6 Guna Loghat Batu Kurau

Dialog yaang dilontaran di dalam filem ini menggunakan bahasa Melayu patani Batu Kurau.

Bila didengar ia seolah dipengaruhi loghat Utara dan Kelantan yang menggunakan dialek Patani.

#7 Jumlah Pelakon Bukan Biasa-Biasa!

Buat yang sudah menonton, pastinya anda kagum dengan jumlah dan kapasiti pelakon dalam filem ini.

Ini kerana hampir 1000 orang pelakon ekstra telah terlibat di sepanjang penggambaran filem Butak daripda hampir 50 kampung di sekitar Batu Kurau Perak.

Korang pun mesti baru tahu yang ‘Butak’ adalah loghat dari sebutan ‘Buntat’ kan? . BUTAK KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . @iiz1_fi3 @sabriyunus @boharibinibrahim @kazar35 @realfimiedon @__mellyamalin @fazli_daniel @azman_hassan_77 @imudaart . #Butak #FilemButak #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Menarik bukan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

BACA: Review Gempak: Butak, Percampuran Rasa Benci, Menyampah Dan Geram, Semuanya Bersatu!