Ning Baizura kini sedang bercuti di Jepun bersama suami dan anaknya sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.

Tahun kedua menyambutnya di Jepun, Ning sememangnya tidak sabar untuk bermain ski di sana.

Namun dalam satu entri terbarunya di Instagram, Ning memberitahu dia terjatuh ketika bermain ski.

"Ini (gambar dan video) diambil sebelum saya jatuh. Lutut saya semakin pulih tetapi perlukan rehat kerana ia bengkak hari ini.

Day 5 Iwatake fun and challenging.. this all taken b4 my twisted fall... my knee is better it needs TLC rest, cuz it’s swollen today .. I am on painkillers and doing a massage on my knee later.. so I am being optimistic so esok can speedy gonzales on slopes again... Insyaallah #ningski #skiwthedaltons

A post shared by Ning Baizura Hamzah Dalton (@ningdalton) on


"Saya makan pil penahan sakit dan akan buat urut untuk lutut saya nanti.

Menurut Ning, dia optimistik dan berharap akan cepat sembuh dan boleh menyambung bermain ski.

Semoga cepat sembuh Ning. Enjoy your honeymoon!