Taman teman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang menjadi antara tarikan utama di Ipoh, Perak membuat pengumuman mengejut apabila ditutup mulai hari ini.

MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu telah memberhentikan operasinya sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

"Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali," menurut notis berkenaan.

Pada 4 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

Sumber: Bernama