Hiburan
Alami Kesukaran Bernafas, Pian Cecupak Dirawat di Hospital
Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, 46, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tengah malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.
Berita tersebut disampaikan oleh anak Pian, Ainaa Rafique menerusi laman sosial Facebook miliknya.
“Assalamualaikum, mintak jasa baik kepada semua kawan kawan abah, doakan keadaan abah sekarang Rafik Rahman Dia Pian. Abah ada kat wad kecemasan HKL. #prayforpiancecupak,” tulis Ainaa.
Menerusi laporan Harian Metro, Pian dikatakan masih belum sedar dan sedang menerima rawatan rapi di HKL.
Ketika menerima berita terbabit, Ainaa berada di Singapura kerana sedang mengikuti kursus pekerjaan.
Menerusi kemas kini status terbaru Ainaa di laman Facebook, gadis itu memohon agar semua pihak tidak membuat andaian sendiri.
"Maaf semua saya baru nak balik ke Kuala Lumpur untuk lihat keadaan abah. Tolong semua jangan buat andaian masing-masing. Kami sekeluarga dan adik bradik abah ada bersama abah.
"Tolong faham keadaan kami yang masih belum boleh bagi kata putus apa-apa. Terima kasih, Assalammualaikum," tulis Ainaa.
Sebelum ini, Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.
Menerusi perkahwinan terbabit, Pian dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Foto: Facebook Ainaa Rafique
Must-Watch Video