"Alami Muntah Teruk Sampai Kena Drip" - Hani Fadzil
Zulaikha Yusof
28/04/2020 08:28 MYT
28/04/2020 08:28 MYT
Pengacara Hani Fadzil kini lebih banyak berehat selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada bayi dalam kandungan.
Ketika dihubungi Gempak, Hani menyatakan dia mengalami muntah yang teruk sehinggakan terpaksa kena 'drip'.
"Saya kini lebih banyak berehat dari bekerja. Minggu lepas saya sampai kena 'drip' sebab banyak kali sangat muntah sampai dah tak ada isi.
"Saya cuba untuk berpuasa penuh tapi ada juga separuh hari. Kalau tak mampu memang saya buka.
"Doktor pun pesan untuk tidak paksa diri tapi itu la rasa bersalah bila tak puasa ni," katanya.
Dalam pada itu, Hani akui kehidupan hariannya berubah selepas berbadan dua.
"Bidang pengacaraan saya teruskan juga tapi ikut mana yang larat. Saya mengacara satu atau dua program ja buat masa sekarang. Itu pun dua minggu sekali.
"Kehidupan saya memang sepenuhnya berubah. Sekarang pukul 9 malam dah tidur. Nak buat Instagram Live pun saya tak larat. Ada yang kawan-kawan ajak buat segala video challenge, semua saya tak dapat buat," katanya lagi.
Terdahulu, pengacara Mpop itu mengumumkan berita gembira menerusi laman Instagram (IG) miliknya.
BACA: Tahniah, Dah 4 Bulan! Hani Fadzil Hamil Anak Sulung