Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alami Penurunan Altitud Mendadak, Pesawat Korean Air Terpaksa Berpatah Balik

Gempak
25/06/2024 20:58 MYT

Juruterbang pesawat milik syarikat penerbangan Korean Air terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas selepas kapal terbang itu turun mendadak secara tiba-tiba ketika berada di udara, lapor laman berita Daily Express UK semalam.

Altitud Turun Mendadak

Pesawat yang membawa 125 orang itu turun kira-kira 7,620 meter dengan tiba-tiba dalam hanya beberapa minit.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, Sabtu lalu dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung di Taiwan.

BERITA TRENDING:Ini 6 Kejadian Gelora Udara Yang Melibatkan Pesawat Singapore Airlines Sejak 2004

Namun, kira-kira 50 minit dalam penerbangan, pesawat Boeing 737 Max 8 itu turun dengan mendadak.

​BERITA TRENDING:Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

Data dari laman pengesan penerbangan, FlightRadar24 menunjukkan, dari ketinggian lebih 10,668 meter, ia turun kepada sekitar 2,438 meter dalam masa kurang dari 15 minit.

​BERITA TRENDING:Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

Ini mendorong topeng oksigen diaktifkan di dalam kabin pesawat.

​BERITA TRENDING:Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

Jurucakap Korean Air berkata, seramai 17 penumpang dirawat di kemudahan perubatan sebelum kesemua mereka dibenarkan pulang tanpa mengalami kecederaan parah. Kejadian itu sedang disiasat.

Sumber: Agensi

#Berita #Pesawat #Kapal Terbang #Korean Air #Korean Airlines
;