Aktor Norman Hakim selamat menerima dos pertama vaksin jenis AstraZeneca semalam.

Berkongsi pengalamannya, Norman memberitahu proses pengambilan vaksin itu dilakukan dengan cekap dan cepat sehingga dia tidak terasa apa-apa ketika disuntik.

“Kalau ada jarum yang patah,jangan disimpan didalam bahu..tapi Alhamdulillah jarum tak patah!

“Cepat dan cekap sahabat-sahabat frontliners buat kerja. Memang tak sempat nak borak lama sebab ramai lagi yang tengah tunggu.

“Tak sempat konon-konon nak tarik nafas panjang sebelum nak kena cucuk,rupa-rupanya dah settled. Tak sedar bila time dia cucuk,” katanya.

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Norman memuat naik rakaman video ketika proses suntikan itu dilakukan.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi selepas menonton video tersebut.

“Peggh muka mmg takde perasaan uh. Hahaha. Tahniah tahniah,” ucap salah seorang pengikutnya.

“Gila laa , gitu jee cepatnya dia buat , terbaik la Abang Norman,” kagum salah seorang warganet.

“This is the video yang sangat memberi motivasi tanpa sedar,” kata salah seorang warga maya.

A post shared by Doa Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)