Hiburan
“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.
Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa.
“9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.
“Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.
“Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
“Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.
Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejayaan anak kesayangannya itu.
“Dia juga menyukai dan menikmati apa-apa kelas yang kami daftarkan kepadanya. Rahsia dia? Dia memberikan sepenuh perhatian terhadap kelasnya.
“Dan bagaimana saya mengetahuinya? Kerana dia seolah-olah tahu setiap topik yang dalam setiap subjek mata pelajarannya. 10 subjek kesemuanya.
“Dia juga hebat di SJKC. Dia merupakan ketua kelas di SRA dan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang pengawas di SJKC.
“Malah dia juga cemerlang dan mempunyai pingat dalam Taekwondo dan memasang impian menjadi yang pertama.
“Dia juga turut menyertai debat, gimnastik dan juga tarian dengan harapan untuk menjadi seorang pengawas di SJKC. Haha.
“Harapnya dia berjaya tahun depan. Kudos Bella. Semoga kamu berjaya dalam hidup suatu hari nanti. Daddy akan sentiasa bangga dengan kamu.
“Kamu telah mencapai banyak kejayaan di usia sebegini berbanding dengan saya. Pasti akan ada lebih banyak pencapaian pada tahun-tahun akan datang. Insya-Allah.
“Selamat pagi semua, sayang selalu. Hanya sekadar berkongsi. PS: Masih tiada iPad buat masa ini. PSS: Daddy merupakan ketua pengawas dan juara bercerita peringkat kebangsaan sewaktu darjah 6. Cuba kalahkan itu…” kongsinya.
Terdahulu, Dr. Muszaphar berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang anak, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Must-Watch Video