Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Alhamdulillah... " - Didie Alias Kongsi Rasa Terharu Anak Berjaya Peroleh Ijazah Sarjana Muda

Zulaikha Yusof 15/10/2018 | 00:00 MYT
Pelakon Didie Alias telah berkongsi sebuah video anaknya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.

Alhamdullillah Ya Allah beri satu lagi kebahagiaan buat mumy apabila anak sulung mumy di Anugerahkan Satu lagi Ijazah #Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design #unikl #picc tahniah kakak @niyardzn mumy bangga ngan kakak,semuga kejayaan kakak membawa inspirasi buat adk2 semua..Sayang kakak till jannah,mumy akan sentiasa mendoakan kakak & family?❤️

A post shared by Official Page of Didie Alias (@ladydidiemsia) on

"Alhamdulillah Ya Allah beri satu lagi kebahagiaan buat mummy apabila anak sulung mummy di anugerahkan satu lagi Ijazah #Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design #unikl #picc tahniah kakak @niyardzn mummy bangga dengan kakak, semoga kejayaan kakak membawa inspirasi buat adik-adik semua.
"Sayang kakak till jannah, mummy akan sentiasa mendoakan kakak & family," tulis Didie.
Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dhaniyah kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
"@arinrajalawak: Mummy hebat..Kakak pun hebat..Tahniah."
"@azianrazmi: Hadiah untuk keikhlasan mummy menjaga amanah dari Allah..Semoga sentiasa dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat mummy @ladydidiemsia."
"@aida1129: Syukur alhamdulillah..Tahniah buat anak & sudah pasti buat @ladydidiemsia..Moga terus berjaya dunia akhirat..Amin."
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
#pelakon #Didie Alias #Pelakon #Anak Sulung
;