Berita

“Alhamdulillah, Dua-Dua Ujian Negatif” - Azmin Ali Bebas COVID-19

Azwa Rahman
08/10/2020
00:50 MYT
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan dirinya bebas virus COVID-19 setelah melakukan ujian saringan sebanyak dua kali.
Menerusi laman sosial Twitter, Ahli Parlimen Gombak menulis beberapa ciapan sekitar jam 6.10 petang semalam bagi mengumumkan berita baik itu untuk tatapan umum. “Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif.
“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” tulis beliau.
Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya. Malah, beliau sempat berkongsi sekeping foto sedang bertugas sambil menjalani proses kuarantin di rumah.
Semalam, di laman sosial tular spekulasi tentang kesihatan Azmin yang didakwa positif COVID-19 selepas pulang berkempen Pilihanraya Negeri Sabah hujung September lalu.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 135 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

Menteri Israel Letak Jawatan

gempak
10/06/2024
21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.