Hiburan
"Alhamdulillah Kami Akan Menjadi Tetamu Allah..." - Juliana Evans Tunai Umrah Bersama Suami
Pengacara dan pelakon Che Puan Juliana Evans telah selamat berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Tengku Sharifuddin Shah semalam.
Menerusi entri di Instagram Stories miliknya, Juliana memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah silap yang dilakukannya.
"Alhamdulillah kami akan menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengerjakan umrah.
"Mohon ampun semua jika ada salah silap," tulisnya.
Dalam pada itu, Juliana meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anak perempuannya, Tengku Kamiliah Shariffuddin.
"Jangan terlampau rindu mama dan papa okey. Saya sayang awak sangat," tulisnya lagi.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 13 Julai lalu.
Must-Watch Video