Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha Rosli lebih terbuka menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas membawa watak Diana dalam Drama Chat seram terbaru terbitan Astro Gempak, Ada Sesuatu Dalam Rumah.

Menurut Nia, dia yang pertama kali membawa watak seram cukup teruja apabila menerima peranan itu.

“Selepas mencuba watak seram ni dan ia mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, saya mahu melibatkan diri dan meneroka bidang lakonan ini dengan lebih mendalam,” jelas Nia ketika dihubungi Gempak.

Malah Nia mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa penghargaannya kepada wargamaya yang memuji lakonannya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang terkesan dengan lakonan saya. Tak mudah untuk orang kata lakonan kita best dan menjadi.

“Ia menaikkan semangat saya dan tentunya anda semua akan menonton lakonan saya lagi di kaca TV selepas ini,” ujarnya lagi.

Drama Chat Ada Sesuatu Dalam Rumah mengisahkan seorang kekasih (Nia Atasha) yang telah membunuh isteri teman lelakinya (Mas Khan). Apakah motif kejadian sehingga mereka sanggup bertindak kejam?

Tonton drama pendek berdurasi empat minit ini di saluran YouTube dan Instagram Astro Gempak.