Hiburan
“Alhamdulillah Result Darah Semua Okay, 5 Months To Go” – Nourul Depp
Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa lega apabila bayi dalam kandungannya sihat.
Nourul berkongsi berita itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Kata Nourul, dia teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan anak keempatnya tidak lama lagi.
Advertisement
“Sekarang saya sudah boleh katakan, saya tidak sabar untuk bertemu dengan puteri saya.
“Alhamdulillah, keputusan ujian darah semua bagus setakat ini. Dia membesar dengan sangat baik.
“Terima kasih tuhan di atas pemberian yang amat bermakna dan mendengar segala doa kami.
“5 months to go. She will travel a lot in these two months. Relax and enjoy #isabella,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nourul juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk doa dan ucapan yang diberikan. Saya juga mendoakan agar anda semua sentiasa sihat dan doa dimakbulkan Allah.
“Saya harap, kisah saya ini boleh menjadi inspirasi kepada anda, tidak kira sama ada kali hamil anak pertama atau seterusnya,” coretnya.
Terdahulu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.
Untuk perkahwinan sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007.
Foto: Instagram @nouruldepp
Must-Watch Video