Penyanyi Ameng Spring bersyukur kerana masih diberi peluang untuk belajar mengaji dan mengenali huruf-huruf Al-Quran meskipun sudah berusia 42 tahun.

Ameng mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Ameng, dia kini berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan selain cuba menghafaz Al-Quran.

“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH S.W.T untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-huruf Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al-Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al-Quran.

“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu… Tak akan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

“Saya tekad... Insya-Allah setiap niat baik kita kalau kita bersungguh-sungguh... Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

“Semoga segala amalan kita diterima NYA. Jadikan Al-Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” coretnya.

A post shared by Ameng Spring ??? (@amengspringofficial)


Terdahulu, Ameng sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membuka kelas mengaji Al- Quran.

Ameng juga turut berkongsi bacaan Al-Quran di laman YouTube miliknya.