Hiburan

"Ali Dapat Adik Girl" - Isteri Selamat Bersalin, Saharul Ridzwan Timang Cahaya Mata Kedua

gempak
Amri Hassan
13/06/2020
12:25 MYT
Sponsor Banner
"Ali Dapat Adik Girl" - Isteri Selamat Bersalin, Saharul Ridzwan Timang Cahaya Mata Kedua
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir telah selamat menimang cahaya mata kedua pada Sabtu.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Saharul menerusi akaun Instagram rasminya.
"Ali dapat adik girl. Alhamdulillah, 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang.
"Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm.
"Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb.
"Tak tahu nak taip apa entah. Happy betul ni. Salam Maghrib semua," tulis Saharul bersama sekeping foto bersama bayi perempuannya.
Sebelum ini, Saharul dan isteri dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan itu hanya kontraksi palsu.
BACA: “Doktor Beritahu Ia Hanya…”- Dah Rasa Kontraksi, Tapi Isteri Saharul Diminta Pulang Ke Rumah
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Gempak cuba mendapatkan Saharul untuk komen selanjutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live