Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Alif Nak Ucapkan Ribuan Terima Kasih..." - Capai Pengikut 3 Juta Di Instagram, Ini Komen Alif Satar

Badrul Hashim
21/05/2020 12:15 MYT
Mungkin masih ada yang menganggap bahawa jumlah pengikut di media sosial tidak memberikan banyak makna. Tetapi untuk artis dan selebriti, pengikut adalah penting untuk kerja mereka.

Terbaru, penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar berkongsi rasa gembira apabila pengikutnya di Instagram telah mencecah 3 juta orang.

Ketika dihubungi Gempak, Alif mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut-pengikut tak kira di Instagram, YouTube mahupun media sosial lainnya.



"Alif ucapkan ribuan terima kasih pada semua followers Alif, pada penyokong Alif yang menonton program-program Alif, yang mendengar muzik-muzik Alif, yang follow Alif di YouTube.

"Disebabkan merekalah Alif sentiasa rasa ingin buat yang lebih baik, memperbaiki diri Alif, untuk meningkatkan lagi kualiti Alif dalam bidang seni. Mereka adalah sumber inspirasi Alif," kata Alif apabila ditanya Gempak makna mempunyai pengikut seramai itu.

Tambah Alif lagi, dikesempatan yan diberikan oleh Gempak, dia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengikut-pengikutnya.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua followers Alif tak kiralah di mana sahaja mereka berada, sama ada di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, serta rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

"Alif mendoakan agar semua orang bersabar dan bertabah mengharungi dugaan Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini. Alif yakin ada di antara peminat-peminat Alif yang berjauhan dengan keluarga masing-masing. Alif mendoakan kesejahteraan semua sepanjang Hari Raya Aidilfitri," kata Alif lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A lap with Aleep.?? Guess my car. p/s Masih nak biasakan dengan stereng, berkicap.? #ThrustmasterTGT #GranTurismoSport

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Alif Satar yang bermula sebagai seorang penyanyi melebarkan sayapnya menjadi pelakon dan pengacara yang sentiasa menjadi pilihan stesen-stesen televisyen. Alif juga mempunyai saluran YouTube sendiri.

#Alif Satar #Instagram #3 Juta Followers