Alif Satar Kemalangan Motosikal Balik Solat Jumaat!

Amri Hassan
Disember 29, 2023 13:12 MYT
Pengacara dan penyanyi Alif Satar terbabit dalam kemalangan jalan raya dipercayai selepas menunaikan solat Jumaat.

BERITA TRENDING: Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian…

Perkara itu dikongsikan oleh Wak Doyok menerusi hantaran di Platform X.
"Marilah kita doa kan sahabat saya Alif Satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan moto di depan saya. Alhamdullilah semua baik-baik," tulisnya.

Mari lah kita doa kan sahabat saya alif satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan moto di depan saya. Alhamdullilah semua baik2 pic.twitter.com/qsEWCTRmGb

— Wak Doyok (@Wak_Doyok) December 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khabar itu turut disahkan oleh pengurus Alif, Dina yang memberitahu insiden terbabit berlaku ketika Alif dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Alif Satar Segan Dipuji Suara Sedap, Cergas & Ada Asas Agama Mantap

Namun, Alif tidak mengalami kecederaan teruk dan akan melakukan ujian x-ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman.

PILIHAN PEMBACA: Alif Satar Tidur Tepi Jalan, Tak Mandi 2 Malam Tunai Haji- "Rupanya Macam Ni Lah Rasa Gelandangan"

#Kemalangan #Alif Satar #Wak Doyok #Motosikal #Langgar