Laman Utama

Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya

gempak
Izwan Isa
06/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Polemik rumah tangga pempengaruh Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah masih lagi diperkatakan. Sejak pempengaruh itu mengaku sudah bernikah lagi satu, ramai dalam kalangan netizen tampil memberikan respon dan pandangan.
Namun, dalam banyak-banyak respon yang diberikan, ada antara mereka yang meletakkan penyanyi dan pelakon Alif Satar sebagai individu bernama Alif yang tidak pernah melakukan sebarang masalah, sebaliknya sentiasa memberi inspirasi kepada peminat dan pengikutnya.

BERITA TRENDING: Nama 'Alif' Jadi Kontroversi, Alif Satar Kena Tempias Netizen - "Yang Ni Perlu Perbaiki..."

Berpeluang bertemu dengan Alif, lelaki berusia 33 tahun itu berkata, dia sentiasa menzahirkan rasa syukur jika ada antara peminat atau orang ramai melihat dirinya sepositif itu.
“Kalau boleh saya tak nak masuk campur tentang hal orang lain. Saya sendiri rasa tak selesa. Seperti orang lain punya isu, saya pula perlu keluarkan kenyataan. Tapi, alhamdulillah, segala puji segala komen saya terima.
“Jika pada masa depan ada komen benda tak elok pada saya, saya pun akan terima. Sebab segala puji hanya bagi Allah, alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.
Alif berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem Perjanjian Anak Syaitan 2 di ibu kota pada Selasa.
Ditanya apakah perasaan apabila dirinya dipandang sebagai suami dan bapa contoh, Alif berkata, orang ramai bebas mengambil hal-hal positif yang dirasakan sesuai atau memberi manfaat yang baik pada mereka.
“Ramai lagi yang boleh jadi contoh yang baik. Tapi alhamdulillah. Kalau benda bagus orang boleh belajar daripada saya, atau kalau saya buat perkara tidak baik dan orang boleh jadikan pengajaran, terpulang pada mereka.

BERITA TRENDING: Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata Sendiri”

“Secara peribadi, saya mahu fokus pada kerja dan dalam masa sama, sudah tentu saya mahu jadi manusia, suami dan ayah yang baik. Cuma kadang-kadang ada benda yang saya share itu, bukanlah sebab saya nak tunjuk saya ini baik. Kalau orang rasa ia satu hal yang baik, mereka boleh ambil dan apply ke dalam kehidupan masing-masing,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live