Terkini

Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"

gempak
Umirah Halim
28/03/2024
10:00 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.

Terima Banyak Jemputan Masjid

Selepas kempen ini menjadi fenomena Alif, 34, berkata kini dia mendapat banyak jemputan ke masjid dan cuba untuk menghadiri semua jemputan jika berkelapangan masa.
“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kempen Geng Subuh Macam Jumaat dah semakin diketahui orang ramai dah mula menjadi rutin baharu orang Malaysia sebelum pergi kerja, sekolah.
"Saya nak ambil peluang ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang nak jemput saya ke masjid, ramai yang menunggu tapi inshallah ada masa saya akan santuni semua jemputan dan program ini diteruskan sampai bila-bila.
“Semoga dijadikan amalan diberikan pahala yang banyak dan membawa ke syurga,” katanya ketika ditemui Gempak.
Aliff ditemui ketika di majlis tayangan perfana Program Raya Astro 2024 di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Rabu.

Perancangan Selanjutnya

Bagaimanapun disoal mengenai perancangan untuk melaksanakan kempen untuk waktu solat yang lain, Aliff berpendapat bahawa orang ramai akan menyusul mengimarahkan masjid pada waktu lain sekiranya sudah mula dengan waktu yang paling sukar, iaitu Subuh.
"Sebenarnya bila kita nak pergi sembahyang jemaah ni yang paling susah adalah subuh, jadi kita mula yang paling sukar iaitu waktu subuh jadi dah ramai yang ikut jadi saya rasa akan ramai juga yang akan mengimarahkan waktu zuhur, asar, maghrib dan isya'.
"Tapi saya tahu ramai orang faham yang kempen ini sepenarnya adalah untuk mengajak orang ramai untuk teruskan solat berjemaah di masjid,” tambahnya.

Alif Masih Sama

Dalam pada itu, mengulas lebih lanjut mengenai karier Aliff masih kekal menerima sebarang tawaran kerja di dalam industri dan tidak memilih untuk berhenti hanya kerana dia fokus kepada kempen agama seperti ini.
Tidak mahu ambil kisah dengan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia cuba menunjuk-nunjuk melakukan kebaikan, Alif percaya usahanya itu sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada orang lain.
"Saya terima dengan terbuka apa yang saya ada sekarang ini, Kalau kita nak jadi penyanyi, usahawan atau pelukis atau apa sekali pun kalau kita muslim kita teruskan apa yang kita lakukan tapi dengan batas dia.
"Saya nak cakap sebelum ini saya tak islamik pun tidak juga, saya masih amalkan prinsip apa yang menjadi larangan dalam agama.
"Cuma kali ini orang nampak kempen ini sebab dicetuskan pada waktu yang hangat sewaktu Palestin nak cari kemenangan so semuanya bermula dari masjid.
"Itu yang menjadi pegangan saya, cuma saya nak semua orang bersatu sebab sekarang pun macam-macam isu pergaduhan, tapi saya rasa untuk solat subuh berjemaah di masjid ini adalah satu benda yang semua orang setuju dan saya bersyukur anda boleh tengok sekarang keberhasilannya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini kira-kira 3,000 jemaah menyertai kempen yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, disusuli dengan acara berjoging beramai-ramai.
Sekadar info, Alif mendapat ilham mencetuskan kempen berkenaan selepas mendengar ceramah seorang ustaz berkaitan isu Palestin.

Berita Trending: Tiga Masjid Utama Bawah Jakim Digerakkan Sokong Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Berita Trending: Alif Satar Syukur Tiada Kecederaan Serius - “Masa Jatuh, Kepala Sakit Dan Pening”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live