Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”

Asyikin Mayudin
08/08/2024 08:58 MYT
Susulan tular video memperlihatkan pelakon dan penyanyi berasal Singapura, Aliff Aziz dilihat bersama sekumpulan tabligh baru-baru ini, bekas isterinya iaitu penyanyi Bella Astillah memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut.

Doa yang baik-baik


Menganggap itu perjalanan hidup bekas suaminya, penyanyi berusia 30 tahun itu bagaimanapun tetap mendoakan yang baik-baik untuk Aliff Aziz.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu komen lebih lanjut.

“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah.

“Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ruhainies - “May He Grant You Blessings For Every Good You Have Done”

BERITA TRENDING: Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

BERITA TRENDING: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”


Bella berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Mall, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih berada di salah sebuah masjid di Singapura.

Dalam perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Pasangan selebriti itu akhirnya sah bercerai pada 13 Jun lalu.

#Viral #Aliff Aziz #Bella #Astillah #Tabligh #doa baik