Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
Asyikin Mayudin
19/07/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.

Mohon Berhenti Main Laman Sosial

Menerusi perkongsian di Instastory, netizen itu meninggalkan mesej peribadi (DM) di Instagram dengan meminta Hafiza untuk berhenti bermain laman sosial dan beri fokus sepenuhnya kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

Malah individu itu turut meluahkan rasa rimas dengan perkongsian Hafiza yang sentiasa akan menjadi bahan artikel di laman sosial.

“Makcik, boleh tak anda berhenti berkata-kata. Cuba senyap dan fokus kepada keluarga anda. Berhenti perli-memerli, berhenti ambil tahu tentang sosial media.

“Bising dan rimas tahu tak asyik muka makcik saja yang terpampang kat artikel FB semua. Boleh tak senyap sekejap,” tulis individu tersebut.

Mahu Beri Kasih Sayang

Tenang membalas mesej tersebut, Hafiza mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadapnya sekeluarga dan mahu memberikan sayang kepada individu yang dianggap kurang kasih sayang.

“MasyaAllah comel betullah hamba Allah ni. MasyaAllah terima kasih sangat sebab prihatin pada kami ya. Allahu jangan marah-marah kita hidup ni sekejap saja lebih baik berkasih sayang ya nak.

“Meh kalau kurang kasih sayang, kami sayangkan ok. Jaga diri, semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah aamin yra,” balasnya.
Sebelum ini, Hafiza berkongsi luahan rasa kerinduan terhadap dua orang cucunya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang sudah lama tidak ketemu.
Hafiza turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat satu-satunya cucu perempuannya yang kini berusia empat tahun pada 18 July, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Ulangtahun Buat Cucu - “Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa..”

ARTIKEL BERKAITAN: “Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

ARTIKEL BERKAITAN: "Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024