Hiburan

Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

Asyikin Mayudin
03/07/2024
05:27 MYT
Selepas perceraian dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada 13 Jun lalu, penyanyi Aliff Aziz mengakui dia kini mengambil masa untuk berehat dari segi mental dan emosi sebelum memutuskan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
Akui banyak membuat kesilapan, Aliff turut memberitahu dia lebih banyak menghabiskan masanya bersama keluarga di Singapura.

“Sekarang saya banyak mengambil masa untuk berehat dari segi mental dan emosi. Kadang-kadang orang kata konon macam kitalah yang terpaling sedih. Tiada begitu.

“Saya manusia biasa yang ada banyak kesilapan jadi saya ambil masa untuk berehat secara mental dan meluangkan masa dengan keluarga.
“Ada beberapa perkara yang sedang saya usahakan untuk perlahan-lahan untuk bina kembali semangat saya dan lebih akrabkan lagi hubungan antara keluarga saya.
“Kebanyakan masa saya di Singapura bersama dengan keluarga dan saya juga berulang alik ke Kuala Lumpur,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Ada Tawaran Berlakon

Dalam masa sama Aliff juga memaklumkan keputusannya berehat bukanlah bermaksud tiada tawaran.
“Berehat itu bukan maksudnya menolak dan bukannya tiada tawaran tapi saya pilih untuk bertenang sekejap supaya tidak terburu-buru buat apa-apa keputusan dari segi kerjaya atau apa-apa. Jadi saya lebih kepada berehat dan banyak menyanyi menghiburkan hati,” katanya.

​BERITA TRENDING: “Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies

Aliff serta Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Prosiding akan diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh. Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

BERITA TRENDING: Dikecam Datang Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Ini Jawapan Ruhainies - “Saya Senyum Sebab Nampak…

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, pada 9 Mac lalu.

​BERITA TRENDING: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.
Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.
Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat JAWI adalah berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama itu, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung kontroversi tercetus.
Aliff dilapor menjelaskan tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies ketika diserbu JAWI di kondominium milik aktres berkenaan. Ruhainies turut menjelaskan kronologi kejadian selain berharap Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah tidak berpisah.
Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita

gempak
08/07/2024
09:50 MYT
Keluar bersama kakak tanpa izin teman lelaki didakwa sebagai punca seorang pelakon memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara pada awal pagi semalam.
Berita

Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV

gempak
08/07/2024
04:53 MYT
Seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya awal pagi semalam.
Hiburan

“Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

gempak
07/07/2024
01:07 MYT
Selepas mencetuskan kegemparan seantero Malaya gara-gara pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

gempak
06/07/2024
12:55 MYT
Pada saat rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bermasalah, Paula Verhoeven tenang memberi fokus terhadap dirinya sendiri
Hiburan

"Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

gempak
05/07/2024
23:47 MYT
Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.