Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!

Asyikin Mayudin
04/04/2024 04:22 MYT
Penyanyi Aliff Aziz yang ditemani ibu bapanya memilih untuk berdiam diri ketika tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan kedua cerai talak, dengan kebenaran mahkamah pada Khamis.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

Aliff yang memakai baju serba hitam tiba di perkarangan pada tepat pukul 12 petang bersama tiga pengawal peribadi.

Ibu kepada Aliff iaitu Fiza Aziz hanya memberi respon untuk bersabar manakala bapa penyanyi itu mohon doa yang baik-baik untuk anaknya.

“Sabar,” kata ibu kepada penyanyi Aliff Aziz

Manakala, respon bapanya; “Doa yang baik-baik."

BERITA TRENDING: Tak Datang Sebutan Pertama Kes Cerai, Aliff Aziz Tak Tipu Sibuk Jalani Penggambaran Drama Dengan Ruhainies

PILIHAN PEMBACA: Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.
#Kontroversi #cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Mahkamah #Curang #KL #Syariah
;