Hiburan

Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz

gempak
Umirah Halim
13/03/2024
06:27 MYT
Sponsor Banner
Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz
Pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.
Peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd. Rais memaklumkan aktres itu telah memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin.
“Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian Bella dan Aliff yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sebelum ini, kecoh apabila pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Berita Trending: “30 Minit Bukan Tiga Jam…” - Ruhainies Anggap Aliff Aziz Kawan, Dah Kenal Lebih 10 Tahun

Berita Trending: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live