Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aliff Aziz; Pendosa Yang Jujur Atau Pembohong Yang Munafik?

Amri Hassan
12/05/2024 06:04 MYT
Digelar dengan pelbagai gelaran, Aliff Aziz akui dirinya sebagai individu pendosa yang jujur.

Ditanya ketika temubual bersama Melodi sama ada dirinya seorang pendosa yang jujur atau pembohong yang munafik, ini jawapan Aliff.

"Dengan apa yang sudah didedahkan tiada apa yang perlu saya bohongi lagi. Saya pendosa yang jujur, insya-Allah," jelasnya.

Air mata buaya

Aliff dalam temubual sama turut mengulas tentang keikhlasannya mengalirkan air mata ketika dalam satu temubual bersama podcast baru-baru ini.

"Saya sehabis baik cuba untuk menahan diri daripada menangis sebab kita ini lelaki. Bukan untuk saya meraih simpati.

"Soal air mata buaya atau tidak, apa yang saya cakap pun orang akan tetap percaya apa yang mereka ingin percaya," ulasnya.

BERITA TRENDING: Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”

PILIHAN PEMBACA: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

#Viral #Aliff Aziz #Munafik #Bella Astillah #Ruhainies #Melodi #Curang #Jujur #Pembohong #Pendosa