,
Hiburan

“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

Mya Amri
02/05/2024
21:55 MYT
Penyanyi, Aliff Aziz memohon maaf kepada pelakon Ruhainies dan keluarganya atas kontroversi yang melibatkan diri mereka.
Menurut Aliff, dia seharusnya menjelaskan keadaan yang berlaku tanpa melibatkan Ruhainies.
“Untuk Ruhainies dan keluarga, saya memohon maaf kerana membuka ruangan dan memulakan hubungan ini.
“Kami bermula hanyalah sebagai rakan sekerja yang baik sehinggalah sampai satu masa saya mula meluahkan perasaan dan membuka ruang atas apa yang berlaku ini.
“Terima kasih atas segala apa yang dia (Ruhainies) telah lakukan, sedikit sebanyak nasihat dan sebagainya.
“Ia bermula (hubungan) dengan cara yang salah, saya benar-benar minta maaf kerana melibatkan dia dalam kekacauan yang sepatutnya diselesaikan oleh saya sendiri.
“Peristiwa ini telah membuatkan ramai yang terluka dan saya harap mereka boleh maafkan saya,” katanya.
Aliff berkata demikian menerusi podcast TheCommonFolks SG yang disiarkan di saluran YouTube pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."

Turut mohon maaf pada rakan industri yang terkesan

Aliff juga turut memohon maaf kepada rakan-rakan industri seni yang turut terkesan atas kontroversi yang berlaku.
“Kepada semua rakan-rakan artis dalam industri hiburan tanah air Malaysia, Singapura, kawan-kawan media, netizen dan sebagainya, saya benar benar mohon maaf.
“Saya merasakan apa yang sudah berlaku ini telah melibatkan terlalu ramai orang termasuklah dari segi sentimen dan juga perasaan mereka.
“Ramai orang yang bersedih, ramai orang rasa Aliff kenapa begini, kenapa begitu. Jadi kepada semua yang sedang menonton, dari lubuk hati saya, Aliff betul betul minta maaf.
“Minta maaf untuk semua perkara yang berlaku, ini adalah urusan peribadi yang sepatutnya kekal secara peribadi, akan tetapi ia telah pun diketahui umum.
“Kepada peminat, penonton, seniman Malaysia, artis-artis vateran dan juga baru yang berasa terkesan dengan segala yang berlaku, saya minta maaf,” ujarnya.

Mahu perbetulkan diri dan mohon doa

Dalam pada itu, Aliff berkata sudah tiba masanya untuk dia memperbetulkan diri dan berubah secara perlahan-lahan.
“Insya-Allah, ini adalah masanya untuk saya muhasabah, do my best to reset everything dan perbetulkan diri secara perlahan-lahan. Move on from here.
“Saya hanya mampu memohon maaf, yang sangat sangat saya harapkan adalah doa. Dengan segala apa yang telah berlaku, kita tidak tahu doa siapa yang Allah angkat, doakan untuk saya,” ujarnya.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.