Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aliff Aziz Rujuk Watak Don Massimo Dalam 365 Days Untuk Drama Bersama Ruhainies

Amri Hassan
19/06/2024 04:55 MYT
Pelakon utama drama bersiri Terjerat yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Aliff Aziz mengambil rujukan watak Don Massimo dalam filem 356 Days untuk mewarnakan wataknya.

Jelas Aliff, dia pada mulanya berbincang bersama pengarah, Azmi Hatta untuk menjadikan watak Faliq seorang lelaki misteri agar lebih menarik.

"Faliq adalah seorang lelaki yang mysterious dan adalah seorang yang pernah melalui fasa dalam hidup dimana dia mempunyai kekurangan dalam kebahagiaan.

"Maka dengan pengalaman tersebut, ia membentuk seorang Faliq yang berhati keras, namun begitu dia tetap mempunyai sudut yang sedang mencari seseorang yang dapat mengisi hatinya. Poised, tall standing, strict and hardened.

"Rujukan untuk watak Faliq dibincangkan bersama pengarah Terjerat iaitu Azmi Hatta untuk create seseorang yang very grey in character, dan seseorang yang eludes mystery dan layers dalam perwatakannya.

"Antara rujukan saya dari segi look and feel adalah watak Don Massimo dalam 365 days," katanya dalam satu kenyataan kepada Gempak.


Bersyukur diberikan peranan utama dalam drama terbabit, Aliff turut berpesan kepada penonton untuk mengambil iktibar daripada naskhah lakonannya itu.

"Terdapat banyak mesej yang terkandung sepanjang naskah ini yang saya rasa dapat semua penonton ambil juga sebagai peringatan.

"⁠Terjerat merupakan satu naskah yang interesting kerana ia mempunya banyak plot twist yang will keep the ride exciting for the viewers," ujarnya.

BERITA TRENDING: Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini

BERITA TRENDING: “Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz

BERITA TRENDING: "Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

Sinopsis Terjerat

Dalam bayangan krisis hutang yang dahsyat, Nadia (Ruhainies) dan Faliq (Aliff Aziz) mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah episod penculikan selama seminggu akibat hutang pasangan masing-masing.

Nadia (Ruhainies) dan Izham (Fendy Bakry) adalah pasangan suami-isteri yang menghadapi pelbagai masalah rumahtangga akibat ketagihan judi online, Izham yang membawa mereka ke kancah hutang dengan Ah Long (istilah popular bagi 'ceti haram').

Penculikan Nadia oleh Ah Long mempertemukan dia dengan Faliq, seorang lagi mangsa yang terjerat dalam situasi serupa kerana hutang isterinya.

Sepanjang penawanan mereka, Nadia dan Faliq membina ikatan yang semakin erat, menawarkan sokongan dan harapan satu sama lain dalam situasi yang mendesak, sementara Izham terus mengabaikan tanggungjawabnya dan lebih mementingkan hubungan sulitnya dengan adik Nadia, Anis (Jaja Iliyes).

Dapatkah ikatan yang terjalin dalam kegelapan itu akhirnya membawa mereka kepada cinta yang tidak dijangka, memaksa mereka memilih antara kesetiaan kepada pasangan yang tidak jujur atau tarikan takdir yang tidak dapat dilawan?

Siri 12 episod yang penuh emosi dan suspense ini sudah pasti akan menjerat penonton Malaysia Jun ini, hanya di iQIYI.

BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

BERITA TRENDING: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"

#Filem #Aliff Aziz #Ruhainies #Drama #Watak #365 Days #Terjerat #Don Massimo
;