Hiburan

“Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz

gempak
Asyikin Mayudin
18/06/2024
05:27 MYT
Sponsor Banner
“Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza mendedahkan dia banyak menerima mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kebencian terhadapnya sekeluarga.

Sekat & Padam

Fiza menerusi Instagram secara tenang berkata dia hanya menyekat dan memadam mesej tersebut tanpa membaca selain turut memaafkan netizen.

“Masyaallah tabarakallah setiap hari saya terima beratus-ratus hate DM's from cyber troopers tegar. Alhamdulillah saya tidak baca hanya terus click block dan delete kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun.

“Mereka pasti penat kan tapi tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tak tahu, mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung dan tetapi pastinya mereka sangat-sangat menghiraukan kami.

ARTIKEL BERKAITAN : "Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Bersalaman Dengan Aliff Aziz Buat Kali Terakhir, Bella Astillah Jawab - “Biarlah Masa Menjawab Segalanya”

“Sebab mereka luangkan masa dan tenaga untuk kami,” kata Hafiza.

Mesej Positif

Pada perkongsian yang sama, Hafiza turut memuat naik paparan skrin daripada seorang wanita yang mendoakan dirinya sentiasa kuat berdepan dengan dugaan.
Hafiza menganggap individu itu seorang yang mempunyai akal waras untuk berfikir dan menjaga adab.
“Allah ilhamkan untuk terbaca DM sister ini, allahuakbar ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab Alhamdulillah. #KamiMaafKanSemua,” ujarnya.
Terdahulu, Hafiza kembali memuat naik perkongsian di Instagram setelah lama menyepi disebabkan Instagram miliknya dinyahaktifkan.
Menerusi perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.
Sementara itu, Hafiza turut menulis mengenai ketenangan hati serta memberikan refelksi diri berkenaan jatuh bangun dalam kehidupan.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.

ARTIKEL BERKAITAN : "Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

​ARTIKEL BERKAITAN: Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Pada Jawi - “Doakan Yang Baik-Baik, Semoga Selesai”

ARTIKEL BERKAITAN : Tersalah Label Ayat Quran Sebagai Hadis Sahih, Status Facebook Influencer Popular Ini Dipersoal Netizen

​ARTIKEL BERKAITAN: Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024