HIBURAN
Aliff Syukri Ada Sebab Baru Belikan Anak Telefon Bimbit Di Usia 13 Tahun - “Abah Sengaja, Tak Nak Baem Terlalu Alpa Dengan Gajet”
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menunaikan janji terhadap anak ketiganya, Ibraheem Adham dengan menghadiahkannya sebuah telefon bimbit.
Ada sebab baru tunai janji anak
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok Aliff, hadiah istimewa itu diberikan bersempena dengan umur anaknya yang kini sudah mencecah 13 tahun.
Bagaimanapun Aliff memaklumkan dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak membenarkan Ibraheem mempunyai telefon bimbit sebelum ini.
Kata Aliff, dia tidak mahu anaknya itu leka dengan gajet.
“Janji apa abah tepati hari ini genap umur 13 tahun baru abah belikan handphone sebab abah sengaja saja nak bagi @Baem_terlajaklaris tak nak terlalu alpa dengan gadget.
“Dan menghargai sesuatu barang bukan mudah nak memiliki benda yang berharga. Selalu juga dia cakap kenapa Baem tak ada lagi telefon sedangkan kawan-kawan dia ada.
“Saya selalu bagitahu, sabar-sabar belum masa lagi Baem. Sekarang ini impian Baem nak ada hp sendiri dah tercapai,” coretnya.

Perkongsian itu kemudiannya menjadi tular dan meraih lebih 1 juta tontonan dan hampir 70,000 tanda suka.