HIBURAN
Qadejah Akui Tercabar, Anggap Kritikan Satu Perkara Positif - “Saya Rasa Hentam Itu…”
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zehra mengakui dirinya berasa sedikit tercabar dengan tindakan bapanya yang turut mengeluarkan lagu raya bersama Iman Troye berjudul Raya Ya Ya Ya.
Menurut Qadejah, dia tidak terlalu mengambil hati sekiranya lagu raya bapanya menerima kritikan. Namun, apabila melibatkan lagu nyanyiannya sendiri, dia menganggap kritikan sebagai sesuatu yang positif kerana ia dapat membantunya memperbaiki kelemahan dalam persembahannya.
BERITA BERKAITAN: “Tak Nak Ke Anak Nampak Cantik…” - Netizen Mula Bandingkan Qadejah & Cik B, Mahu Datuk Vida Buat Sesuatu
BERITA BERKAITAN: Dituduh Berlagak Bertutur Dalam Bahasa Inggeris, Shahida Tampil Pertahankan Qadejah - “Tak Perlulah Anda Suruh Dia…”
Oleh itu, dia berusaha menerima setiap komen dengan minda terbuka dan secara positif.
“Saya rasa tercabar, tetapi persaingan adalah benda yang baik sebab akan buatkan kita untuk sentiasa memajukan diri.
“Lagu raya Abah saya, saya tak kisah sangat kalau orang nak kritik. Tapi kalau lagu saya, saya rasa ‘hentam’ itu satu perkara yang bagus sebab kita boleh perbaiki kelemahan dalam sesuatu perkara.
“Apa yang orang cakap, saya akan cuba ambil secara positif,” katanya kepada Gempak.
Qadejah berkata demikian ketika menghadiri sidang media pelancaran lagu raya dan muzik video Gen-Z yang berlangsung di Getai @ A Quiet Place, Bukit Bintang baru-baru ini.
Iman Troye ‘Selamatkan’ Lagu Raya Abah
Diminta mengulas mengenai lagu raya bapanya, Qadejah berpendapat kehadiran Iman Troye memberi impak besar terhadap keseluruhan karya tersebut.
Dia juga mengakui tanpa penyanyi Teman itu, lagu tersebut mungkin akan kedengaran biasa sahaja.
“Saya rasa Kak Iman Troye ada impak yang besar dalam lagu raya tersebut. Lagu tu sedap sebab ada dia.
“Kalau tanpa Kak Iman, lagu raya tu hanyalah lagu biasa. Nasib baik ada Kak Iman Troye yang boleh ‘selamatkan’ suara Abah saya,” ujarnya.
Pada masa sama, Qadejah turut mendedahkan kedua-dua lagu tersebut kebetulan siap pada hari yang sama.
“Abah ada keluar lagu Raya Ya Ya dan lagunya siap pada hari yang sama dengan lagu raya saya, Raya Gen Z.
“Kami sekeluarga memang akan makan bersama. Jadi, di meja makan, kami pandang satu sama lain dan bertanya mengenai lagu masing-masing. Kemudian, kami perdengarkan.
“Saya rasa, lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah,” tuturnya lagi.
BERITA BERKAITAN: Isteri Aliff Syukri ‘Restu’ Qadejah Berkawan Dengan Anak Shuib, Uwais – “Mula-Mula Malu Dah Lama…”
BERITA BERKAITAN: Azam 2025 Tercapai! Cik B Dah Jumpa ‘Kawan Sekufu’ - “Kita Ada Qadejah Anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek & Ara Aziz”
Must-Watch Video