HIBURAN

Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”

Khairil Khusyairi 08/06/2025 | 13:50 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi mencuri tumpuan apabila membawa seluruh keluarganya ke Surabaya bagi melawat pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Bibik Tudung, baru-baru ini.
Menerusi beberapa hantaran video di TikTok, Aliff berkongsi momen dia dan keluarga bertemu semula dengan bibik yang dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga sendiri.
Dalam masa sama, Aliff teruja dan kagum apabila Bibik Tudung yang telah lama berkhidmat bersama keluarganya itu kini mampu hidup selesa dengan membina rumah baharu.

“Sebagai majikan, Papa rasa sangat bangga dengan bibik tudung atas hasil dan usahanya kerja dan bina rumah yang baru.

“Teruja sepenuhnya tengok rumah baru bibik tudung hasil daripada kerja di Malaysia hampir 15 tahun.

“Sebenarnya saya anggap bibik tudung ini dah macam keluarga saya macam ibu saya sendiri. Saya bangga dengan kejayaan dia ada rumah sendiri rumah batu yang besar berbanding dulu rumahnya hanya hanyalah rumah buluh sahaja,” kongsi Aliff teruja.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata netizen tidak menyangka Aliff dan keluarga memilih untuk bermalam di rumah bibik tudung dan bukannya di hotel sepanjang berada di sana.

Rata-rata netizen juga turut memuji tindakan Aliff yang disifatkan sebagai berhati mulia dan sentiasa menghargai jasa orang lain, tidak kira latar belakang atau status sosial.

“Dato sebenarnya dia sangat bangga dengan perubahan bibik tudung. Alhamdulillah tak rugi support dato sebab hasil itu mengalir pada yang betul-betul memerlukan..semoga sentiasa maju jaya Dato,” komen netizen.

“MasyaAllah Dato, orang kaya yang rendah hati,” puji netizen.

“Nampak Bibik Tudung ikhlas kerja jaga anak-anak Dato macam cucu sendiri,” komen netizen lain.

“Respect Dato dengan Datin..walaupun Allah berkati rezeki Dato, Dato tak sombong,” komen netizen.

“Bagus didikan Dato, anak-anak pun boleh tidur macam tu je, jarang jumpa anak orang kaya yang tak kisah macam ni,” puji netizen lagi.

@papalarisofficial Membalas kepada @MY IS RR ♬ Treeka - Mello Music

#Indonesia #Aliff Syukri #Pembantu Rumah #Rumah #Surabaya #Majikan #Pekerja #Bangga #Bibik Tudung