Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan yang pembantu rumah kesayangannya dirasuk hantu.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Aliff Syukri berkata, kejadian tersebut menggemparkan seisi rumah sehingga mereka sekeluarga tidak boleh tidur.
@abangterlajaklaris

doakan.. bibik sy selamat.. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ni kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana babik kesayangan kami di Rasuk hantu

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

“Doakan… bibik saya selamat. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya, tak pernah kena macam ni.

BERITA TRENDING: Shahida Dedah Ibu Kandung Bekas Anak Angkatnya Kuat Scam Orang - “Saya Dah Kena Dulu”

“Kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana bibik kesayangan kami dirasuk hantu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, kelihatan isteri Aliff Syukri, Datin Shahida sedang berusaha untuk berkomunikasi dengan pembantu rumahnya yang kelihatan seperti ‘tidak sedarkan diri’.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Kecewa Maid Berzina Dalam Rumah

Apabila Shahida bertanya tujuan ‘benda’ itu datang ke rumah, pembantu rumahnya menjawab: “Cari Datuk.”

Sungguhpun ramai dalam kalangan pengikut yang bersimpati dengan keadaan pembantu rumahnya, namun, ada juga yang tidak percaya dan mengandaikan klip tersebut sebagai gimik marketing.



Namun, ada yang menonton siaran langsung Aliff Syukri mendakwa kejadian tersebut benar-benar berlaku.