Hiburan
Aliff Syukri Mohon Maaf Tak Dapat Keluar Lagu Raya, Netizen Sedih - "Tak Meriah Lah Raya Tahun Ni.."
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf kepada orang ramai atas sebab tidak dapat mengeluarkan lagu raya pada tahun ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Aliff, 37, turut meminta orang ramai mendoakan agar dia dapat menghasilkam lagu raya pada tahun hadapan.
“Doakan semua tahun depan saya boleh beraksi untuk lagu raya untuk rakyat Malaysia.
“Tahun ini maaf kan saya, saya redha ketentuan Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Hantaran usahawan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ramai antara mereka turut meluahkan rasa sedih kerana tahun ini tiada lagu raya yang menghiburkan daripada Aliff Syukri.
“Kosong saya rasa Raya tahun ni tanpa lagu baru Dato.
“Sedih nya tak meriah lah raya tahun ini tanpa ada lagu raya dato.
“Saya peminat Dato, sedih kenapa tahun ni Dato takde keluar kan lagu,” komen beberapa netizen.
Sementara itu, menerusi hantaran yang lain usahawan ini juga meluahkan rasa sedihnya kerana komposer lagu rayanya telah memberikan lirik lagunya kepada penyanyi lain.
Sekadar info, sebelum ini lagu raya tahun lepas yang dihasilkan oleh Aliff telah menjadi perbualan hangat orang ramai susulan telah menggayakan baju melayu ketat dan memanggil lelaki lembut untuk menari dalam klip video muziknya.
Berita Trending: “Semua Maksiat Dia Support” - Ini Sebab Kenapa Netizen Marah Sangat Dengan Aliff Syukri
Must-Watch Video