Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu rayanya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.

Tiru Konsep Lagu Raya

Menerusi perkongsian video yang dibuat di Instagram, Aliff kelihatan berang dan mendakwa penyanyi dangdut Farez Adnan telah meniru konsep lagu hari raya yang ingin dilancarkannya

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

"Aku memang tak halalkan orang yang ambil dan meniru lagu saya, cuba mengambil gaya saya, suara saya penari saya.

"Ingat ya lagu itu takkan meletop sebab orang tetap nak dengar suara aku dan saya tetap dengan pendirian saya, saya dah cuba yang terbaik.

"Biar lah kalau kau nak curi lagu aku, belambak lagi komposer lain nak buat lagu dengan aku, saya reda," katanya menerusi video tersebut.

Aliff Mohon Maaf Tak Dapat Keluar Lagu Raya

Sebelum ini juga, Gempak pernah melaporkan bahawa Aliff telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai atas sebab tidak dapat mengeluarkan lagu raya pada tahun ini.

Akan Keluar Lagu Raya Baru

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, Aliff Syukri juga seakan memberi bayangan akan mengeluarkan lagu raya terbaharu bagi menggantikan lagu yang telah diciplak itu.

"Alhamdulillah Lagu Raya Saya yang terbaru bakal keluar selasa depan. Terima kasih kepada peminat saya yang sentiasa menyokong saya dari belakang," kongsinya di menerusi salah sebuah hantaran di Instagram.

Sekadar info, lagu raya Aliff Syukri berjudul Chuk Ku Chuk Raya yang dilancarkan pada tahun lepas telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di Platform Youtube.

Berita Trending: Aliff Syukri Mohon Maaf Tak Dapat Keluar Lagu Raya, Netizen Sedih - "Tak Meriah Lah Raya Tahun Ni.."

Berita Trending: Dilabel Terima Kifarah Kena Cerai Dengan Safee Sali, Fitria Elfina: “Tak…