Hiburan
"Alisa Masa Baby Lagi Cantik Dari Saya Masa Baby" - Hanis Zalikha Bandingkan Foto Dengan Anak
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi foto ketika usia kecilnya yang digabungkan bersebelahan dengan foto anak bongsunya, Alisa Aisyah.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Hanis berpendapat foto ketika usia kecilnya tidak langsung kelihatan seperti Alisa.
Malah, suaminya pelakon Hairul Azreen turut mentertawakan foto 'collage' tersebut.
"Hahaha orang selalu letak gambar baby dengan gambar mak masa baby sebelah-sebelah sebab sama.
"Tapi ni tak sama langsung sampai suami pun tergelak masa saya tunjuk gambar collage ni.
"Mama pun cakap tak sama, Alisa masa baby lagi cantik dari Hanis masa baby," tulis Hanis sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Hanis meninggalkan respon berbentuk jenaka dan bersetuju dengan pendapatnya itu.
Imbas kembali, Hanis dan Hairul telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Yusuf, 2, dan Alisa yang kini berusia lima bulan.
Must-Watch Video