Viral
Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu, Iqbal Zulkefli Dah Bosan Hidup Terlalu Mewah - “Beberapa Tahun lalu, Saya Boros…”
Pempengaruh dan penyanyi, Iqbal Zulkefli mengakui dia sudah bosan menjalani kehidupan bermewah dan mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.
Hidup boros
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Iqbal, 30, berkata, dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu.
"Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.
"Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu.
"Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ya terlalu mewah,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lama Berdiam Diri, Rupanya Iqbal Baru Selesai Jalani Proses Kurus - “Langsung Tak Sentuh Makanan Walaupun Roti”
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Rakam Lagu Raya Tapi Bajet Cuma RM200,000, Iqbal Harap Tak Ada Komposer Ambil Kesempatan
ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."
Dalam hantaran sama, Iqbal memberitahu dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar, apatah lagi dia bekerja sendiri.
"Sekarang banyak fikir bisnes sahaja. Banyak komitmen yang perlu bayar. Tambah-tambah lagi, hasil pendapatan itu daripada saya sendiri,” ujarnya.
Must-Watch Video