Isteri Alif Satar, Shadila Halid mendedahkan anak sulungnya, Alisha Anugerah tidak boleh berjauhan dengan bapanya.

Menurut Shadila, Alisha pasti akan demam sekiranya Alif tidak berada bersamanya untuk tempoh yang lama.

Shadila berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Posting itu juga disertakan dengan foto yang menunjukkan Alisha sedang berbual dengan Alif menerusi ‘facetime’.

“When you can’t be far away from your father. Everytime berjauhan, akan demam. Confirm! Ayah dia pun terus facetime macam tau-tau bila Alisha tiba-tiba high temperature,” tulisnya.

When you can’t be far away from your father. Everytime berjauhan, akan demam. Confirm! Ayah dia pun terus facetime macam tau-tau bila Alisha tiba-tiba high temperature.

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Alisha agar kembali pulih seperti sediakala.

Terdahulu, Alif dan Shadila berkahwin pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang puteri, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Foto: Instagram @shadilahalid / @alifsatar